Pengedar Shaklee Terbesar Sungai Petani

Anis mula daftar sebagai ahli Shaklee pada Januari 2019. Sebelum tu, Anis tak pernah tahu pun yang Shaklee ni ada peluang berniaga juga.



Anis terjebak dengan dunia bisnes dari kecil lagi. Zaman sekolah dulu Anis bawa coklat, bungkuskan kecil-kecil dan jual pada kawan kelas. Ingat lagi waktu usia 10 tahun, Anis ikut arwah ayah jual pisang goreng di tepi jalan, berniaga kurma dan kuih-muih di bazar Ramadhan.

Dari kecil memang dah expose diri dengan berniaga. Tapi bukanlah berniaga yang gempak. Kami keluarga sederhana sahaja.

Anis anak jati Kedah. Dari kecil sampai sekarang, masih menetap di Sungai Petani. Sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi juga di Kedah.

Sampai lah dapat seru kena keluar dari Kedah untuk lanjutkan pelajaran ijazah di Universiti Malaya, Anis sedih ya amat. Haha. Bukan apa, tak pernah berjauhan dari keluarga. Tiba-tiba tercampak di tengah-tengah bandar.

Walaupun arwah mak bagi elaun bulanan kat Anis, tapi Anis suka ada duit lebih hasil dari kerja sendiri. Ya lah, duduk tengah bandar yang dikelilingi dengan mall besar, kedai-kedai makan yang viral lagi, rasa bersalah nak enjoy guna duit yang mak bagi.

Jadi Anis mula jual handsocks, tudung Mesir, tudung Aritachi, stokin, baju, makanan dan macam-macam lagi. Panjang kalau nak di-list-kan ni sebab macam-macam sangat jual kahkah

Tahun 2013, Anis join team tutor di KL/Selangor. Masa ni Anis dah mula ligat bergerak sebagai home tutor. Awalnya bergerak dengan agent, kemudian semakin lama dikenali, Anis dapat recommendation dari parents lain dan dapat job sendiri lepas tu. Dari situ la Anis berkongsi rezeki dengan kawan-kawan. Terlalu banyak kelas yang masuk, Anis pass kelas pada kawan-kawan untuk bantu pelajar dalam pelajaran mereka. Alhamdulillah.

Habis belajar, Anis pulang ke Kedah dan mula buat home tutor di sini pula. Sama juga, dapat sambutan yang memuaskan dari ibu bapa. Masa ni, Anis buat juga online bisnes. Salah satu yang Anis betul-betul all out buat sales adalah dropship baju cotton.

Sales jangan tanya, memang seronok sangat! Modal takda, cuma tinggal rajin nak update post sahaja. Itu pun dapat duit extra masuk boleh buat saving bulanan.

Tahun 2019, Allah kenalkan Anis dengan dunia Shaklee.

Kat sini boleh dikatakan 90% dunia berbeza.

Join training I am Shaklee Ambassador yang company anjurkan. Free ja.

Dari segi teknik marketing, teknik jualan, teknik urus pelanggan, teknik itu ini serba serbi Anis baru tahu dan belajar.

Selama ni Anis ingat dah power berniaga rupanya lagi banyak belajar lagi rasa cetek ilmu di dada.

Dan Alhamdulillah, tahun ni genap 4 tahun Anis setia bersama Shaklee. Moga terus setia selamanya inshAllah.

Dulu bermula seorang diri sahaja, tanpa team. Perlahan-lahan Anis bina team di Sungai Petani kemudian semakin berkembang ke tempat dan negeri lain. Sekarang Alhamdulillah dah lebih 100 orang leader under team Anis yang buat sales minimum RM10,000 sebulan dan dapat bonus dari Shaklee 4 angka setiap bulan.

Corak bisnes yang sama, tanpa modal, tak perlu beli stock bertimbun. Hanya cari customer, kenalkan produk Shaklee, bantu selesaikan masalah pelanggan. Sungguh mudah. Tak perlu buka kedai fizikal.

Setelah 18 bulan bergiat dalam bisnes Shaklee, Alhamdulillah berjaya rangkul pangkat tertinggi iaitu Master Coordinator bersama suami.

Dan kini, Anis merupakan salah seorang pengedar dan leader Shaklee terbesar di sekitar Sungai Petani. Semuanya dengan izin Allah Taala. Dengan berkongsi rezeki bersama orang lain, yang ada hasratnya sama seperti Anis ingin ada pendapatan sampingan dan nak kesihatan yang lebih baik.

InshAllah Anis boleh bantu siapa saja yang datang dengan harapan dan impian. Nak cari produk Shaklee, boleh contact Anis dan juga team Anis. Nak belajar berniaga dengan Shaklee juga boleh cari Anis dan juga team Anis.

Yang penting, kegigihan dan kesungguhan anda yang Anis nak. :)

#shakleethrive2023
#shaklee2023
#blogmegashaklee
#teamKaknis


Comments

Popular posts from this blog

Tips Puasa Untuk Pesakit Gastrik

Tips Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee