CARA BELI RUMAH SUBSALE TANPA AGENT

 

Masa Anis reveal kami suami isteri sign S&P rumah, ada yang tanya Anis macam mana boleh beli rumah umur 25 tahun?

Takda sebab lain. Memang nak ada rumah sendiri. Haha

Cuma apa yang Anis boleh share, rumah yang kami beli ni direct owner. Ada agent hartanah cuba approach nak tolong mudahkan, tapi atas nasihat pegawai bank yang Anis kenal, kami boleh jimat kalau kami mampu uruskan semuanya sendiri dengan masa yang ada.

Kalau orang yang jenis sibuk dan mampu, serahkan ja pada agent. Itu kan sumber rezeki dia.

Jadi, apa steps untuk beli rumah subsale tanpa melalui agent?

Pertama sekali, cari rumah kosong yang anda berkenan. Cuba tanya jiran ada contact nombor owner tak. Kalau dapat, boleh terus proceed call tanya tentang rumah.

Satu lagi cara, atas recommendation orang. Biasanya jiran tetangga ni akan sampai berita mulut ke mulut kalau ada rumah kosong yang nak dijual. Step sama juga, pi tengok keadaan rumah. Berkenan boleh terus minta contact nombor owner dan call.

Kedua, check dengan pegawai bank berapa harga rumah yang kita layak untuk beli. Kalau lepas dengan harga rumah yang kita nak tu, boleh proceed.

Tolong bawa document penting semasa jumpa pegawai bank. Jangan bawa senyuman saja, pegawai bank tak mudah cair. IC, payslip gaji 3 atau 6 bulan.

Jangan risau tentang surat tawaran membeli. Pegawai bank akan uruskan. Mudah sangat. Lepas dah sign surat tu, terus boleh proceed untuk apply loan.

Kes kami, kami survey beberapa bank untuk check harga rumah yang kami boleh beli. Tawaran bank juga main peranan, dannn layanan pegawai bank sangat diutamakan.

Last sekali kami decide dengan Maybank. Rezeki jumpa pegawai bank yang betul-betul nak tolong proses kami beli rumah. Lagi-lagi lepas tahu umur kami yang muda, nak beli rumah sendiri tanpa guna agent. Banyak sangat dipermudahkan. 

Kami tak perlu ke pejabat tanah untuk geran rumah, semua pegawai bank yang arrange. Lawyer pun kami tak cari sendiri, pegawai bank dah short listed untuk kami pilih.

Kami hanya perlu present diri untuk sign loan di bank dan sign SPA di pejabat peguam.

Alhamdulillah, banyak benda dipermudahkan bila ingat balik lepas nak buat post ni. Baru reti nak bersyukur haha

Ada tuan rumah yang letak deposit, yang ni kena maklumkan pada pegawai bank ya sebab kena buat surat bukti kita bayar. In case tak jadi, boleh dapatkan semula duit deposit. Macam kami, Alhamdulillah tuan rumah tak ambil deposit.

Proses membeli rumah kami jadi delay sikit sebab tuan rumah takda di Malaysia. Nak dapatkan sign tuan rumah, surat kena naik kapal terbang dulu 😆

Anis rasa itu saja proses nak beli rumah subsale. Tak rumit pun. Doa sungguh-sungguh supaya dipertemukan dengan pegawai bank yang betul nak tolong kita.

Rumah subsale ni takda la teruk mana pun. Kena pandai pilih. Macam rumah kami ni, idaman setiap jiran tetangga. Tak percaya, tanya jiran Anis. Haha! Melawak jahh.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Puasa Untuk Pesakit Gastrik

Tips Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Vitamin Shaklee Vitamin Terbaik Malaysia