Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best?

Pertama kali Anis kenal jenama Shaklee ni semasa belajar degree.

Dulu kulit Anis jenis mudah breakout. Lepas ja datang period buat kali pertama, hormon dah berubah. Dan kesan besarnya pada kulit Anis. Mudah sangat naik jerawat kecil dan besar. Tangan ni pula sejenis tak boleh duduk diam, nak picit ja. Dah macam gunung berapi meletup. Terpercik sampai kena cermin haha.

Masa ni parut jerawat buka main ketara walaupun dah edit berlapis-lapis. 

Sampai la ke degree, masih lagi tak habis masalah kulit. Berparut di bahagian pipi kiri dan kanan. Tak banyak gambar Anis dulu sebabkan masalah ni. Diri jadi low self confidence. Lagi-lagi nak kena present kerja kan, nak ke belakang saja.

Anis mula cari produk untuk masalah kulit berjerawat dan parut. Dalam pencarian Anis tadi, jumpa satu poster produk Shaklee iaitu gabungan sustained release vita-C dan juga vita-E complex.

Anis contact agent tersebut untuk buat belian. Student pun mampu ya guna brand Shaklee. Sebab harganya sangat jimat berbanding brand lain. Produk Shaklee boleh tahan lama sehingga boleh tahan 4 hingga 6 bulan sebotol. Memang jimat sangat lah! Sesuai untuk poket student.

Kali kedua Anis cari produk Shaklee semasa Anis dapat tahu kandungan anak kedua. Anis masih lagi menyusu anak pertama yang berusia 10 bulan. Masa mengandunga anak kedua ni, Anis taknak orang tahu sebenarnya. Malu sebab poor spacing haha. Jadi Anis cari produk yang boleh maintain susu badan walaupun tengah alahan teruk. 

Alhamdulillah, jumpa satu produk yang sesuai untuk tingkatkan kualiti susu badan dan penuh dengan nutrisi iaitu ESP. Anis contact senior sekolah Anis yang merupakan agent Shaklee. Masa Anis beli ESP tu, tak sangka bekasnya besar. Sampai ja barang kat rumah buka plastik parcel nahhh terkejut bukan main besar. Haha. Memang tahan 1-2 bulan penggunaan.

Selama Anis consume produk-produk Shaklee, Anis tak tahu pun Shaklee ni boleh juga buat bisnes. Anis memang orang yang kaki menjual. Macam-macam Anis jual sejak dari zaman sekolah, matrik sampai ke universiti. Suka dapat duit tambahan, nak beli apa-apa senang tak perlu minta duit mak ayah.

Lepas saja tahu Shaklee ni juga ada peluang berniaga, Anis terus sign up dengan belian set promosi free membership. Nak jimat harga yuran punya pasal. Masa tu yuran ahli Rm75, untuk Anis sangat besar nilai ni. Jadi Anis kumpul order dengan ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat, beli set promosi yang auto jadi membership selepas belian tu. Kan dah jimat RM75!

Tahun 2023 Alhamdulillah genap 4 tahun Anis berniaga dengan Shaklee. Tak pernah Anis buat satu bisnes selama ini setianya. Anis terpikat dengan sistem yang sangat mudah, fleksibel dan management yang tiptop. Yang paling penting, ianya mobilize. Boleh run bisnes dimana saja kita berada.

4 tahun dengan Shaklee, terlalu banyak perubahan terhadap diri ni. Anis rasa lebih bijak mengawal emosi, lebih cekap handle pelbagai situasi dan kerenah manusia. Circle Shaklee ni buatkan Anis rasa setiap manusia adalah sama. Allap ciptakan kita semua sama, tiada yang berbeza. Perbezaan itu hanyalah rekaan manusia semata.

Dalam ni ada doktor, engineer dan lain-lain kelulusan ijazah yang memilih untuk jadi suribisnes.

Dalam komuniti Shaklee ni juga, Anis berkenalan dengan pelbagai jenis latarbelakang manusia. Ada doktor pakar, guru, engineer, pharmacist, jururawat, peguam, artis dan sebagainya. Walaupun kami dalam satu bisnes yang sama, tapi kami ibarat satu keluarga yang bergerak dan menyokong sama-sama untuk majukan kumpulan bisnes masing-masing.

Ini lah satu gelombang baru yang Anis belajar.

Tak kira usia, muda atau tua. Orang lama atau orang baru. Kami semua adalah satu keluarga Shaklee.

Ada lagi yang menariknya bisnes Shaklee ni.

Masa Anis layakkan diri ke Business Leader National Conference (BLNC) yang pertama pada tahun 2020, Anis teruja ya amat dengan hadiah buah tangan yang kami dapat dari Shaklee. Jumlah nilai barangan yang kami dapat hampir RM800! Ada produk yang baru pertama kali Anis cuba waktu tu. Terus fall in love dengan Shaklee effect yang Anis dapat.

Pertama kali join event besar Shaklee, dapat gift semahal ni. Balik rumah masih lagi tak percaya 😂

Antara kesyukuran Anis daftar bisnes Shaklee adalah berada dalam group leader yang sangat supportive dan kreatif. Tak putus-putus idea nak bantu kami dari segi marketing dan juga skill entertain customer.

Pendek kata, tak bosan walau sehari duduk dengan group leader yang sekarang ni. Antara nak buat dengan tidak saja. Sebab itu, Allah Maha Adil. Allah akan bagi hasil sebaiknya pada manusia yang rajin buat, yang bersungguh-sungguh dalam usahanya dan ikhlas lillahitaala dalam setiap perbuatannya.

Ini baru sikit Anis share kenapa best sangat komuniti bisnes Shaklee. Kalau nak share semuanya risau terlalu panjang entry kena baca tak habis dua hari. Haha


Comments

Popular posts from this blog

Tips Puasa Untuk Pesakit Gastrik

Tips Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee