Kenapa Pilih Blog?

 Assalamualaikum. Haluuu, kembali ke dunia blog!


Dulu zaman bujang tak silap Anis tahun 2010, Anis sangat aktif blog walking. Dan bukan itu sahaja, Anis juga terjebak dengan blogging pada masa tu.

Blog lama banyak merepek dari berkongsi benda yang manfaat haha. Jadi, Anis create yang baru supaya lebih sesuai dengan content dan usiaku. Ewah

Antara blogger yang Anis masih ingat, Dena Bahrin, Irine Nadia, Ben Ashaari, Fatin Liyana, Nisa Kay dan beberapa lagi nama yang agak dikenali orang ramai.

Zaman blog dulu adalah zaman yang tenang. Tak banyak unsur-unsur negatif. Anis suka membaca dan Anis juga suka berkongsi cerita. Memang kena sangat dengan jiwa bila nak kembali ke zaman blog ni. Wehuu

Anis banyak berkongsi rahsia, tips, berkaitan lifestyle dan kesihatan di facebook dan instagram. Korang boleh follow Anis kat sana juga ok. Search Anis Syafawane :)

Alhamdulillah, di media sosial ni juga la Anis mencari rezeki sepenuh masa.

Tahun ni umur Anis dah hampir memasuki 30. Anis bekerja sebagai health consultant dan juga business coach untuk brand Shaklee. Sekarang pangkat Anis adalah Master Coordinator, iaitu top rank di Shaklee. Alhamdulillah.

Anis ambil masa 18 bulan bermula Januari 2019 daftar sebagai Shaklee Independent Distributor (SID) dan naik rank Master Coordinator pada Julai 2020.

Sekarang hampir 4000 ahli berdaftar di bawah team Anis. Walaupun dah ada di tahap ni, banyak lagi Anis nak menggali ilmu bisnes. Passion Anis adalah belajar dan mengajar. Nak jadi pengajar ni, ilmu kena sentiasa diperbaharui, kena sentiasa mencari supaya tak lupa dan ada keberkatannya di situ.

Ni antara tips untuk jadi seorang leader yang efektif. Bukan sebagai bos, tapi sebagai ketua kepada team masing-masing.

Baru-baru ni, Anis join projek blog mega Shaklee. Apa yang Anis boleh review adalah komuniti ni sangat besar dan rajin. Blog ni dalah platform untuk carian umum oleh banyak golongan. Biasanya kita nak tahu apa-apa, atau nak cari apa-apa, mesti akan ke google dulu. Google ni ibarat ibu segalanya.

Sebagai seorang peniaga online, nak orang jumpa dan sedar kewujudan kita di google adalah dengan BLOG. Nak tak nak kena lah rajin. Sebab sukses bukan untuk orang yang cantik, pandai bercakap atau kaya, tapi sukses untuk orang yang rajin dan bersungguh.

Jadi, Anis nak manfaatkan kembali blogging untuk sebarkan banyak lagi manfaat pada orang lain. Disamping tentang kesihatan, lifestyle, ilmu bisnes dan leadership juga Anis bakal kongsi dalam blog ni. Tak sabarnya nak menaip panjang! Haha.

Ok lah, sambung ke next entry. Jumpa lagi, babai! :)







Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Shaklee Vitamin Terbaik Malaysia

Tips Puasa Untuk Pesakit Gastrik

Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee