Tips Puasa Untuk Pesakit Gastrik

 


Dah dekat Ramadhan, mesti akan ada macam-macam persiapan. Dari segi rohani mahupun fizikal.

Bila berpuasa, kita sedang mengubah pola makan. Mungkin kebiasaan makan tiga kali sehari, kena ubah jadi dua kali sehari. Sahur dan berbuka. Disebabkan perubahan mengejut ni lah, ramai pesakit gastrik akan mula pedih ulu hati ketika berpuasa.

Anis ada baca perkongsian dari seorang medical officer, tentang pesakit gerd dan gastrik. Beliau sarankan untuk golongan ni buat persediaan awal dengan kurangkan pengambilan karbohidrat dan gula supaya dapat kurangkan ketagihan makanan nanti.

Anis juga pernah mengalami gastrik waktu berpuasa. Tak pernah-pernah jadi, bila sekali rasa tu mashAllah sakit betul ya. Ingatkan gastrik ni rasa macam sakit perut nak membuang ja rupanya perit bila dah rasa sendiri. Pertama kali Anis kena attack gastrik masa cuti sem kat rumah. Dek kerana tak tahan sangat pedih perut, dengan muntahnya, sakit kepala lagi, terpaksa buka puasa. Padahal lagi beberapa jam nak berbuka.

Mitos yang kita selalu dengar tentang makan sedikit tapi kerap tu sebenarnya tak sesuai untuk pesakit gastrik. Bila perut kita dah train sebegini, masa puasa nanti baru pukul 10 pagi dah pedih perut. Asid perut akan dirembeskan ikut masa makan yang ‘kerap’ tadi tu. Kalau 5-6 kali makan? 5-6 kali la asid dirembeskan. Bayangkan time puasa isi perut kosong terdedah dengan asid 5-6 kali sehari. Terseksa tau.

Antara makanan yang perlu dielakkan untuk pesakit gastrik ni adalah:

1. Makanan yang tingkatkan asid dalam perut seperti coklat, makanan berlemak atau yang digoreng, serta buah-buahan yang mengandungi asid seperti buah oren.

2. Elakkan makanan yang boleh rosakkan dinding perut seperti makanan pedas dan serbuk perasa.

3. Jangan tidur terus selepas makan. Tak kira waktu sahur atau berbuka.  Boleh risiko bertambah asid dalam perut atau gerd.

4. Kurangkan pengambilan kafein.


Semenjak Anis kenal set puasa Shaklee, bukan saja dapat kawal gastrik tapi sangat memudahkan. Suami Anis jenis tak beria makan sahur kalau Anis tak beria makan, anak-anak pun kecil lagi. Jadi Anis pilih untuk shake ja ESP atau cinch (alternate, kadang-kadang campur). Tak sampai lima minit dah siap. Kalau terbangun lewat pun tak jadi masalah hihi




Protein shake Shaklee ni bagus sangat dalam mengekalkan paras gula dan tenaga lagi-lagi ketika berpuasa. Perut pun lambat nak rasa lapar. Pengalaman Anis sendiri berpuasa waktu hamil dan menyusukan anak, Alhamdulillah boleh survive sampai waktu berbuka. Tahan lapar dan tak kena serangan gastrik! Takda lah rasa lapar sampai menggigil pedih perut macam sebelumnya. Susu badan pun Alhamdulillah tak terganggu.



Dalam set ni, lengkap bersama performance drink. Apa yang bestnya air ‘basikal’ ni, ia bantu kekalkan hidrasi tubuh badan sepanjang berpuasa.

Kalau minum air biasa, kejap kejap rasa nak terkucil. Ni antara punca kita jadi cepat dahaga. Antara tanda kita dehidrasi sederhana seperti sakit kepala, keletihan dan yang lebih teruk sampai pitam. Bersahur dengan performance drink buatkan kita kurang hilang kelembapan dalam badan. Dan best tau tak kering tekak perit tu.

Bukan sekadar bersahur, berbuka pun Anis minum air performance drink dulu. Memang lega tekak dan hilangkan dahaga. Yang paling bagus sekali, elak dari minum air manis. Nak slim raya kan? Waktu puasa ni lah kena kawal pengambilan gula.

Cakap pasal slim kan,


Tinggi Anis 163cm dan berat 46kg. Anis ada tiga orang anak kecil dan si bongsu masih lagi menyusu badan.

Kalau orang jumpa Anis mesti tak percaya Anis bagitau anak tiga. Masih maintain badan anak dara hihi

Protein shake Shaklee boleh kawal hormon makan kita. Sebab tu sesuai untuk orang gastrik. Tenaga yang dirembeskan perlahan-lahan dan tak mengejut. Jadi perut takda lah meminta makan selalu.

Anis suka sangat set puasa Shaklee. Shake shake dah siap. Mudah, sedap, mengenyangkan dalam tempoh yang lama. Muka pun ceria je sepanjang hari tak nampak lesu. Kulit lembap tak kering sebab badan cukup air walaupun berpuasa. Yang paling penting, gastrik Anis dah tak menyerang waktu berpuasa. Alhamdulillah

Best kan set ni? Nak cuba berpuasa tanpa perut pedih! Nak bersahur mudah dan cepat?

Boleh contact Anis di whatsapp 0163484230

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee 

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee