Tips Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee


 Dalam entri sebelum ni, Anis ada share pengalaman berpuasa dengan set puasa Shaklee.

Entri kali ini, Anis akan kongsikan tips kurus dengan set kurus Shaklee. Ni antara set paling laris dalam tempoh setahun dengan Shaklee. Mana taknya, kita sekarang berada dalam pasca-PKP. Waktu PKP dulu ramai yang tak sedar dalam diam saiz badan dah berubah. Habis baju dengan seluar kena beli baru.

Kalau Anis bagitau berat Anis tak naik, bunyi macam bongkak kan? Haha. Tapi hakikatnya, ya. Anis tahu tricks untuk jaga dan maintain badan versi diri Anis. Selalu kongsi juga di story social media, Alhamdulillah ada yang ikut cara yang Anis kongsi dan dapat result yang sangat memberangsangkan.

Shh, sebenarnya ada satu rahsia besar Anis nak share.

Waktu PKP tu juga la, Anis dapat tahu positif hamil anak ketiga. Berat badan Anis dari 43kg ke 60kg final timbang sebelum bersalin. Total gained weight 17kg! Rekod paling menakutkan dalam hidup Anis ni haha.

Sarat mengandung 7 bulan. Paling berat nak bawa badan masa ni. Ingat balik pun takut.

Lepas dari ‘pengalaman’ berbadan besar seketika ni lah, Anis tekad nak turunkan berat badan segera dengan set kurus Shaklee. Nak jadi testimoni sendiri supaya boleh share kat orang ramai yang masih struggle dengan berat badan. Anis nak share cara dan teknik Anis turun berat badan dengan set Shaklee.

Gambar ni Anis masih dalam pantang 15 hari. First time berpantang sendiri, langgar pantang sikit keluar rumah je. Lain-lain masih ikut pantang larang tradisional hihi

Gambar kat atas , Anis dah 48kg pada hari ke-15 berpantang. Dari 60kg ke 48kg dalam tempoh 15 hari sahaja! 12kg hilang tanpa hilang bekas sikit pun. Macam tak percaya, set kurus dari Shaklee betul-betul berkesan untuk ibu berpantang macam Anis.

Soalan yang selalu Anis dapat: Apa yang Anis amalkan semasa pantang?



Sepatutnya jadi rahsia tapi Anis share juga sebab Anis tahu ramai struggle nak turun berat badan. Anis cuba google ‘tips kurus selepas bersalin’, ‘tips kurus cepat’, ‘tips kurus’ tapi tak banyak yang share tentang produk Shaklee. Jadi Anis nak sangat ramai orang tahu manfaat setiap produk ni untuk golongan yang nak turunkan berat sebelum raya.

Sebab tricks nak turun berat ni sama je seperti orang berpantang. Bezanya orang berpantang ada aktiviti berpantang tradisional contoh sauna, bertungku, berurut, berbengkung dan lain-lain lagi. Ada satu perkara yang sama dan boleh digunapakai oleh semua golongan adalah PEMAKANAN.

 Satu set lengkap atas ni Anis ambil setiap hari tanpa culas.

Cinch Shake (meal replacement)


Memandangkan Anis bersalin dua hari sebelum Ramadhan, jadi Anis tak berkesempatan untuk puasa. Nak masak breakfast, tak sampai hati minta suami buatkan sebab dia puasa. Nak masam sendiri, sorang je makan. Anak-anak tak makan apa yang ibu makan waktu pantang.

Nak mudah, Anis shake je cinch setiap pagi. Memang kenyang dan tahan lama perut. Tambahan pula cinch shake ni protein dan ada juga multivitamins,  susu badan jadi melimpah ruah. Kualiti susu pun pekat dan berkualiti.

Perut tak geleber tau walaupun lepas bersalin. Cinch shake bantu untuk kulit Anis kembali tegang dan firm dengan adanya kandungan leucine. Nurse yang datang melawat setiap hari pun tegur Anis macam tak dalam pantang. Muka ceria tak pucat asbab cukup nutrisi dalam diet Anis.

Omega Guard


Ini Anis ambil dari awal kehamilan lagi. Nak supply DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi dalam perut. Bila dah bersalin, Anis sambung makan seperti biasa. Antara fungsi lain omega adalah tingkatkan metabolism badan dan bantu bakar lemak dengan lebih efektif. No wonder berat Anis laju turun. Metabolism rate badan Anis baik, lemak-lemak yang Anis kumpul sepanjang pregnant habis pecah terbakar dengan omega.

Lecithin


Lecithin ni bertujuan untuk uraikan lemak dalam badan. Contoh mudah, sup daging. Bila sejuk, lemak-lemak daging timbul ke atas berketul-ketul. Bila kita panaskan, lemak tu akan terurai. Sama seperti lecithin. Ia bantu mempercepatkan proses pemecahan lemak degil dan mencegah daripada pengumpulan lemak di dalam hati, serta menyingkirkan toksin daripada hati.

Herblax


Mempunyai kandungan daun senna yang berfungsi untuk banfu menyingkirkan toksin daripada badan. Untuk yang sembelit, herblax adalah solusi terbaik.

Bila ambil complete set ni kan,  buat sauna atau bersenam, macam mandi peluh. Puas hati  dan badan pun rasa ringan. Lain ya bersenam tanpa supplement Shaklee dan bersama supplement Shaklee. Sangat membantu untuk kita jadi bertenaga dan lebih aktif.

5 bulan selepas bersalin. Tinggi 163cm dengan berat 46kg. 

Ada lagi feedback positif penurunan berat badan dengan set kurus Shaklee.

Korang nak tahu sejauh mana keberkesanan produk Shaklee untuk bantu badan slim dan kembali ke berat ideal, kena terus cuba. Lagi berlengah, lagi lambat nak nampak hasil. Sebab set ni sangat membantu dalam penurunan berat. Rugi kalau lewat-lewatkan.

Nak Anis consult korang set ni? Whatsapp je.

#projekblogmega
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

Tips Puasa Untuk Pesakit Gastrik

Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee